Jumlah Pengunjung

Monday, 9 December 2019

HARI KEDUA DI SEOUL KOREA SELATAN

feri ke Nami Island
Kami menginap di Miss Korea Guest House.Breakfast ringan disediakan di sini ialah roti, jem, telur rebus, cornflakes, susu dan kopi. Selepas sarapan kami bertolak ke subway terdekat di Myeongdong menuju ke Gapyeong seterusnya menaiki bus ke Nami Island yang terkenal sebagai lokasi pengambaran drama Winter Sonata. Kami menukar line subway dari line 4 ke line 1 seterusnya ke line rapid untuk sampai ke Gapyeong. Mujurlah Anis dan Naim pandai membaca laluan di stesyen subway.
Stesen bus ke Nami dibalut dengan plastik untuk menahan kesejukan angin dingin musim winter


Terdapat feri  untuk ke Nami Island dan  jaraknya  dekat sahaja. lebih kurang 20 minit.  Tiket feri berharga 12000 Won  dan teenager seperti Iman mendapat potongan harga 10000 Won dan harga kanak-kanak 8000 Won. Feri ini simpel sahaja. hanya ada sedikit tempat duduk dan majoriti penumpang berdiri. Memang cantik pulau fantasy ini.

Jambatan kecil menggunakan botol untuk hiasan






 

Di pulau ini terdapat restoran halal dan musolla. Kita boleh mengelilingi pulau ini dengan berjalan kaki atau menaiki  Unicef Cheerity train. Ketika kami sampai nampak pohong-pohon masih keperangan warna daunnya menandakan musim luruh belum berakhir sepenuhnya.



Musolla bersebelahan Restoran Asean iaitu restoran halal
Kita perlu berjalan lebih kuran 800 meter untuk sampai ke restoran ini.


tak sabar menikmati lunch di Asean Cruisene



Kami meninggalkan Pulau Nami agak lewat.Matahari telah terbenam dan suhu mulai turun sehingga -5  semasa kami menunggu bas untuk pulang ke bilik penginapan kami.

Percutian di Seoul winter 2019

Alhamdulillah, Ummi, Iman, Ayah dan keluarga Mak Ngah Nab dapat menghabiskan masa bersama dari 3.12 hingga 8.12 di Seoul, Korea Selatan. Kami membeli tiket beberapa bulan  lebih awal. Memilih untuk flight Connecting dengan menggunakan  Vietnam Air. Menempah untuk tinggal di Kampungku Guest House, Myeongdong. Kos untuk tambang dan penginapan hanya RM 1500.00 seorang. Memang berbaloi.

Oleh kerana tarikh ini merupakan musim sejuk, kami membawa semua kelengkapan pakaian musim sejuk seperti long john, t-shirt, sarung tangan, jaket tebal, seluar jeans dan boot. Sekiranya tiada boot, kasut sukan pun sesuai kecuali anda ke tempat peranginan untuk bermain salji. Kami juga membawa makanan seperti sardin, beras  dan biskut. Makanan berasas daging tidak dibenarkan dibawa masuk ke Korea.

Kami berlepas dari KLIA  pada jam 8.10 malam. Semua lugage mula check in pada jam 5.00 ptg iaitu 3 jam sebelum penerbangan. Kemudian melalui pemeriksaan keselamatan, cop pasport dan menaiki eorotrain ke gate C13. Penerbangan Vietnam Air menyediakan makanan dalam flight dan kita boleh request muslim food lebih awal semasa booking ticket. Muslim food diedar  dahulu sebelum makanan diedar kepada penumpang lain.

Ummi lebih suka flight connecting daripada penerbangan terus kerana dapatlah kita turun berjalan dan menggunakan bilik air dengan selesa semasa proses transfer. lenguh kaki kurang sedikit daripada penerbangan terus.KL ke Ho Chi Minh mengambil masa 2 jam dan Ho Chi Minh ke Incheon Seoul memakan masa 4 jam. Kapal yg digunakan selepas connecting lebih besar dan lebih selesa. Terdapat skrin untuk menonton  movie, bermain games, tv dan melihat  flight map dalam penerbangan ini. Hilanglah bosan  dan panjang masa kurang terasa.

Akhirnya kami tiba di Incheon jam enam  sepuluh minit pagi dan kami solat subuh di kawasan mengutip bagasi. Proses melalui pemeriksaan imegresen mudah.Terdapat mesin yang menggunakan bahasa Melayu mewakili petugas di situ  yang memberi arahan apa yang perlu kita buat. Berbanding dengan negara lain setakat kembara Ummi,  lapangan terbang  Incheon sangat cekap dan petugasnya sangat friendly.

Suhu waktu pagi ketika itu sangat sejuk iaitu -4 darjah celcius. Kami telah ditunggu untuk transport transfer ke hotel penginapan. Alhamdulillah.