Alhamdulillah, Ummi, Iman, Ayah dan keluarga Mak Ngah Nab dapat menghabiskan masa bersama dari 3.12 hingga 8.12 di Seoul, Korea Selatan. Kami membeli tiket beberapa bulan lebih awal. Memilih untuk flight Connecting dengan menggunakan Vietnam Air. Menempah untuk tinggal di Kampungku Guest House, Myeongdong. Kos untuk tambang dan penginapan hanya RM 1500.00 seorang. Memang berbaloi.
Oleh kerana tarikh ini merupakan musim sejuk, kami membawa semua kelengkapan pakaian musim sejuk seperti long john, t-shirt, sarung tangan, jaket tebal, seluar jeans dan boot. Sekiranya tiada boot, kasut sukan pun sesuai kecuali anda ke tempat peranginan untuk bermain salji. Kami juga membawa makanan seperti sardin, beras dan biskut. Makanan berasas daging tidak dibenarkan dibawa masuk ke Korea.
Kami berlepas dari KLIA pada jam 8.10 malam. Semua lugage mula check in pada jam 5.00 ptg iaitu 3 jam sebelum penerbangan. Kemudian melalui pemeriksaan keselamatan, cop pasport dan menaiki eorotrain ke gate C13. Penerbangan Vietnam Air menyediakan makanan dalam flight dan kita boleh request muslim food lebih awal semasa booking ticket. Muslim food diedar dahulu sebelum makanan diedar kepada penumpang lain.
Ummi lebih suka flight connecting daripada penerbangan terus kerana dapatlah kita turun berjalan dan menggunakan bilik air dengan selesa semasa proses transfer. lenguh kaki kurang sedikit daripada penerbangan terus.KL ke Ho Chi Minh mengambil masa 2 jam dan Ho Chi Minh ke Incheon Seoul memakan masa 4 jam. Kapal yg digunakan selepas connecting lebih besar dan lebih selesa. Terdapat skrin untuk menonton movie, bermain games, tv dan melihat flight map dalam penerbangan ini. Hilanglah bosan dan panjang masa kurang terasa.
Akhirnya kami tiba di Incheon jam enam sepuluh minit pagi dan kami solat subuh di kawasan mengutip bagasi. Proses melalui pemeriksaan imegresen mudah.Terdapat mesin yang menggunakan bahasa Melayu mewakili petugas di situ yang memberi arahan apa yang perlu kita buat. Berbanding dengan negara lain setakat kembara Ummi, lapangan terbang Incheon sangat cekap dan petugasnya sangat friendly.
Suhu waktu pagi ketika itu sangat sejuk iaitu -4 darjah celcius. Kami telah ditunggu untuk transport transfer ke hotel penginapan. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment