|
feri ke Nami Island |
Kami menginap di Miss Korea Guest House.Breakfast ringan disediakan di sini ialah roti, jem, telur rebus, cornflakes, susu dan kopi. Selepas sarapan kami bertolak ke subway terdekat di Myeongdong menuju ke Gapyeong seterusnya menaiki bus ke Nami Island yang terkenal sebagai lokasi pengambaran drama Winter Sonata. Kami menukar line subway dari line 4 ke line 1 seterusnya ke line rapid untuk sampai ke Gapyeong. Mujurlah Anis dan Naim pandai membaca laluan di stesyen subway.
|
Stesen bus ke Nami dibalut dengan plastik untuk menahan kesejukan angin dingin musim winter
|
Terdapat feri untuk ke Nami Island dan jaraknya dekat sahaja. lebih kurang 20 minit. Tiket feri berharga 12000 Won dan teenager seperti Iman mendapat potongan harga 10000 Won dan harga kanak-kanak 8000 Won. Feri ini simpel sahaja. hanya ada sedikit tempat duduk dan majoriti penumpang berdiri. Memang cantik pulau fantasy ini.
|
Jambatan kecil menggunakan botol untuk hiasan |
|
|
|
|
|
|
Di pulau ini terdapat restoran halal dan musolla. Kita boleh mengelilingi pulau ini dengan berjalan kaki atau menaiki Unicef Cheerity train. Ketika kami sampai nampak pohong-pohon masih keperangan warna daunnya menandakan musim luruh belum berakhir sepenuhnya.
|
Musolla bersebelahan Restoran Asean iaitu restoran halal |
Kita perlu berjalan lebih kuran 800 meter untuk sampai ke restoran ini.
|
tak sabar menikmati lunch di Asean Cruisene |
Kami meninggalkan Pulau Nami agak lewat.Matahari telah terbenam dan suhu mulai turun sehingga -5 semasa kami menunggu bas untuk pulang ke bilik penginapan kami.
No comments:
Post a Comment