Ummi pula mengambil kesempatan membeli pokok bunga orkid. Bukan apa, sekadar untuk belajar menanam dan belajar bagaimana merawat orkid supaya kekal berbunga. Itulah keazaman Ummi hari ini. Ummi rasa tercabar juga apabila mendengar cerita rakan-rakan bahawa menjaga orkid yang menghasilkan bunga bukanlah mudah.Semoga Allah memberi ilham dan kebijaksanaan kepada Ummi mencapai hasrat ini. Seperti biasa kalau Ummi sudah bertekad Ummi akan berusaha. Kata pepatah genggam bara api biar sampai jadi arang. Harap Ummi akan dapat maklumat dari kemudahan internet nanti.
Iman bagaikan emas permata, letaknya di dalam jiwa,gemilang warnanya bak cahaya,menyuluh hidup seluruh manusia....... Kata imam Ghazali "Orang islam yang bermusafir itu mendapat 4 perkara iaitu: ilmu, pengalaman, kawan dan rezeki."
Jumlah Pengunjung
Thursday, 22 September 2011
HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI KEDAH
Malam tadi, Ummi dan Ayah membawa Iman ke pameran hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Kedah yang berlangsung di Perkarangan Stadium Darul Aman. Iman terujalah juga apabila melihat pameran ternakan dan unggas tetapi binatang yang menyertai pameran kali ini sikit sangat. Namun Iman berkesempatan buat pertama kali memegang gemal padi. Ummi harap Iman sedar dan berbangga dengan usaha nenek moyangnya dulu sebagai petani dan tidak lupa akan hakikat itu pada masa depan.
Ummi pula mengambil kesempatan membeli pokok bunga orkid. Bukan apa, sekadar untuk belajar menanam dan belajar bagaimana merawat orkid supaya kekal berbunga. Itulah keazaman Ummi hari ini. Ummi rasa tercabar juga apabila mendengar cerita rakan-rakan bahawa menjaga orkid yang menghasilkan bunga bukanlah mudah.Semoga Allah memberi ilham dan kebijaksanaan kepada Ummi mencapai hasrat ini. Seperti biasa kalau Ummi sudah bertekad Ummi akan berusaha. Kata pepatah genggam bara api biar sampai jadi arang. Harap Ummi akan dapat maklumat dari kemudahan internet nanti.
Ummi pula mengambil kesempatan membeli pokok bunga orkid. Bukan apa, sekadar untuk belajar menanam dan belajar bagaimana merawat orkid supaya kekal berbunga. Itulah keazaman Ummi hari ini. Ummi rasa tercabar juga apabila mendengar cerita rakan-rakan bahawa menjaga orkid yang menghasilkan bunga bukanlah mudah.Semoga Allah memberi ilham dan kebijaksanaan kepada Ummi mencapai hasrat ini. Seperti biasa kalau Ummi sudah bertekad Ummi akan berusaha. Kata pepatah genggam bara api biar sampai jadi arang. Harap Ummi akan dapat maklumat dari kemudahan internet nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment