Iman bagaikan emas permata, letaknya di dalam jiwa,gemilang warnanya bak cahaya,menyuluh hidup seluruh manusia....... Kata imam Ghazali "Orang islam yang bermusafir itu mendapat 4 perkara iaitu: ilmu, pengalaman, kawan dan rezeki."
Jumlah Pengunjung
Saturday, 17 September 2011
SAMBUTAN HARI MALAYSIA DI SMKKN
Hari Malaysia disambut di sekolah Ummi pada hari Khamis dan cuti sempena Hari Malaysia yang jatuh pada hari Jumaat dibawa menjadi cuti ganti pada hari Ahad. Alhamdulillah dapatlah minggu ini Ummi bercuti 3 hari.
Dalam banyak-banyak acara yang dipersembahkan pada hari itu, Ummi tertarik dengan sajak yang disampaikan oleh Sir Rosni, guru bahasa Inggeris di bawah Jabatan Ummi. Antara bait sajaknya berbunyi ;
Pada hari ini
Kulihat seorang anak gadis
melaungkan merdeka
sedangkan pakaiannya
baju T ketat dan seluar singkat
yang menampakkan pusat
Kulihat gadis lain
bertudung tetapi
pakaiannya jarang
menampakkan aurat
namun amat bersemangat
melaung ucapan keramat
Hari ini kulihat
seorang anak muda
yang kurus kering dan panjang rambutnya
bermata cekung
melaung merdeka
Sebenarnya mereka ini
lupa diri sendiri
kerana masih belum merdeka
dan masih terjajah
mindanya
Sajak Sir Rosni sentiasa ditunggu-tunggu oleh pelajar kerana beliau amat pandai melontar idea spontan yang amat relevan dengan kehidupan pelajar khususnya remaja hari ini. Ummi kira sajaknya amat sinis dan kita perlu memahami erti merdeka yang sebenar. Adakah kita benar-benar merdeka? Jangan biarkan Siluncai terjun dengan labu-labunya. Jangan biarkan menang sorak tetapi kampung tergadai.
Labels:
sekadar renungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment