Raya tahun ini raya kelima bagi Iman. Ummi beli dua pasang baju untuk Iman dan ayah beli sepasang baju kurung warna hijau untuk Iman. Iman pilih sendiri kasut yang Iman suka dan beg untuk duit raya. Seperti biasa Iman akan pilih warna yang Iman suka iaitu Pink.
Setiap malam Iman berterawikh di surau depan rumah. Satu malam pun Iman tak selang. Ummi pun hairan kerana Iman dapat sembahyang terawikh macam orang dewasa. Sekarang ni Iman dah pandai selawat dan baca zikir lepas terawikh.
Lepas sembahyang Iman mesti ambil moreh yang disediakan walaupun Iman tak makan moreh yang diambil. Terpaksa Ummi dan ayah makan takut membazir. Di surau Iman dapat ramai kawan. Semua lebih besar daripada Iman dan sukakan Iman. Mungkin sebab itu Iman rajin ke surau.
Banyak juga duit raya yang Iman dapat. Adalah seratus ringgit lebih. Iman dah simpan dalam Tabung Haji. Doa Ummi semoga kita dapat pergi ke Tanah suci bersama. Jika diizinkan Allah Ummi dan Ayah ingin ke Tanah Suci lagi.
Iman suka beraya di pondok. Senang sembahyang Raya di surau bersama tok-tok dan tok wan penghuni pondok. Lepas sembahyang Raya ramai orang datang rumah. Tahun ni Ummi buat nasi ayam. Sekejab saja nasi yang disediakan habis. Iman juga ikut Ummi dan Ayah ziarah rumah jiran-jiran di pondok macam rumah Mak Long Harah, rumah Pak Ngah Manaf, rumah Maizatul dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment