Hari ini Sabtu 10.9.2011 Ummi menerima kunjungan anak-anak didik yang datang untuk berhari raya. Ummi berbesar hati menyambut mereka. Kecil tapak tangan nyiru ummi tadahkan. Ada juga anak-anak didik kita yang rapat dengan kita. Ummi ingin mengenal mereka dengan dekat. Membantu mereka bukan setakat dalam bilik darjah. Memastikan mereka berjaya dengan cemerlang dalam subjek yang Ummi ajar. Sesungguhnya tanda-tanda keberkatan ilmu ialah apabila murid itu memuliakan gurunya kerana kedudukan guru itu amat tinggi kerana guru mewarisi tugas nabi iaitu mendidik manusia. Tidak hairanlah dulu emak mahu anak-anaknya menjadi guiru.
Suriani, Rabiatul, Mazliza, Amalina, Shahrul Nizam dan Izzat
Syafiq, Nasri dan Amri
No comments:
Post a Comment