Pokok bunga orkid yang Ummi tanam kini rajin mengeluarkan bunga. Alhamdulillah berjaya juga usaha Ummi dengan hobi baru ini. Betul kata orang pokok orkid akan berbunga kalau selalu dibelai. Ummi menyiram pokok orkid 2 kali sehari, membaja dengan baja semburan dan kerap juga menyiram dengan air basuhan beras dan basuhan ikan. Jadi untuk yang berminat tetapi masih ragu-ragu Ummi ingin katakan bahawa menanam orkid supaya berbunga bukanlah sukar sangat. Kalau ada kesungguhan, masa dan minat bolehlah mencuba hobi ini.Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Ada pokok yang baru mengeluarkan kudup
lagi kudup baru
Yang ini berbunga putih.
No comments:
Post a Comment