Sebagai manusia kita gemar memerhati kelainan-kelainan di sekeliling kita lebih-lebih lagi apabila kita berada di luar negara. Di Vietnam ada beberapa perkara yang agak menghairankan kami. Antaranya:
1. Terdapat kubur dalam petak-petak sawah dan di kebun. Hal ini kerana mayat orang mati ditanam di tanah milik sendiri kecuali mayat masyarakat Islam yang ditanam di kawasan masjid. Keadaan ini sama dengan keadaan perkampungan masyarakat batak di Sumatera Utara.
2.Buahan-buahan yang dijual di gerai disusun kemas, teratur dan sangat menarik. Misalnya rambutan tidak dilonggok seperti di negara kita.
3. Bilik airnya berpintu cermin separuh selepas paras pinggang. Orang di luar boleh nampak apa yang dilakukan oleh orang di dalam tetapi cermin tersebut tidaklah telus.
4. Bilik airnya sangat bersih malah lebih bersih dari R &R kita.
5. Majoriti orang di Ho Chi Minh City memakai topeng menutup hidung dan mulut. Bukan itu saja ada juga sejenis baju siap dengan tudung dan penutup muka. Mereka begitu menjaga kesihatan.
6. Peniaganya sentiasa cuba menipu pelanggan. Contohnya barang yang kita beli ditukar kualitinya tanpa kita sedari dan tidak cukup sukatan. Oleh itu pembeli harus berhati-hati.
No comments:
Post a Comment