Jumlah Pengunjung

Friday, 29 November 2013

PERCUTIAN DI GUANGZHAO - HARI KE-3



Kami bertolak dari Shenzen ke Guangzhou seawal 8.30 pagi. Suhu agak sejuk kerana lewat petang semalam hujan turun. Kami melalui jalan yang di tepinya kelihatan tanaman pokok Lycee dan sayur-sayuran serta tasik ternakan ikan. menurut A Chen musim buah lycee dan mempelam di sini adalah pada bulan Julai. Pokok mangga yang ditanam di pinggir jalan katanya boleh diambil oleh orang ramai kerana ia adalah untuk rakyat.

Kenderaan di atas jalan agak sesak kerana hari Isnin adalah hari kerja. Kami terus ke Restoran Abdullah yang terkenal di kalangan pelancong Islam di Guangzhou untuk makan siang( istilah A Chen). Di restoran ini, kami berjumpa ramai kumpulan lain dari Malaysia dan juga Tashkent.  Wanita-wanita yang menjadi pelayan restoran  ini bertudung seperti tudung bawal di Malaysia. Di luar restoran, terdapat ramai penjaja yang menjual buah-buahan seperti cherry, beri, limau dan buah berangan. Buah beri yang dijual sangat sedap dan harga setengah kilo ialah 12 ringgit Malaysia.
                                                                  Buah  ceri yang sedap

Setelah makan, kami ke maqam pahlawan Islam iaitu Saad b Abi Waqas. Kawasan ini merupakan satu kawasan perkuburan Islam. Sebaik memasuki kawasan ini tercium bau yang sangat wangi dan  bau itu terbit dari bunga yang ditanam dalam kawasan perkuburan tersebut. Bunga-bunga kecil itu seperti bunga tanjung tetapi harumannya lebih sedap. Di tengah-tengahnya kelihatan kubur yang dikatakan kubur Saad b Abi Waqas iaitu panglima Islam yang diutus ke China 1300 tahun lalu.Maqam ini dijaga oleh seorang lelaki yang menyambut kedatangan kami di sini. Dia tidak boleh berbahasa Inggeris. Terlupa pula untuk menginterview beliau dengan bantuan A Chen. Ahli rombongan lelaki sembahyang di masjid berhampiran maqam ini dan kami sembahyang di bangunan khas di tepi maqam untuk perempuan. Di depannya ada telaga yang dinamakan telaga Saad. Adakah kawasan ini kawasan petempatan Islam yang pernah dihuni oleh Saad b Abi waqas?






                                                         Ayah bersama penjaga maqam
                    Iman bergambar dengan pengunjung dari Tashkent. Dia juga mengambil gambar Iman.


 kubur di tepi jalan masuk ke maqam Saad Abi Waqas. Pokok-pokok bunga itu mengeluarkan bau yang sangat harum

                                                           Maqam Saad b Abi Waqas

Setelah sembahyang zohor kami dibawa pula ke Beijing Lu atau Beijing street. Di sini kedai-kedai  murah terdapat di bahagian dalam . Jadi sekiranya anda ingin membeli belah pastikan anda masuk ke dalam kerana jika anda membeli di kedai-kedai bahagian depan harganya lebih mahal. Kami pada mulanya tidak perasan pun ada kedai di bahagian belakang. Di sini Ummi membeli jam tangan jenama rado. Itupun setelah puas mencari-cari. Rupa-rupanya tidak dijual secara terbuka. Banyak barang yang boleh dibeli di sini tetapi masa yang ada tidak banyak kerana acara seterusnya ialah river cruise.


No comments: