Jumlah Pengunjung

Saturday, 27 April 2019

KASHMIR HUJUNG MUSIM SEJUK

Dari hotel Benz New Delhi, kami bertolak ke airport selepas sarapan pagi. Airport New Delhi adalah kawasan larangan, bukanlah seperti  airport kita di mana orang ramai boleh keluar masuk sesuka hati. Hanya orang mempunyai tiket sahaja dibenar masuk ke pintu airport.

Ummi  dalam kumpulan 10 orang telah diminta oleh saiful untuk berpisah dengan group besar untuk terbang dengan penerbangan spice India melalui terminal 3. Seorang pembantu berbangsa kashmir terbang bersama kami. Rupa-rupanya penerbangan ke Srinagar  adalah pada jam 11.00 pagi. Dalam penerbangan ke Kashmir, kami berjumpa dengan beberapa kumpulan warga Malaysia yang turut bercuti di sini.

Salji di pergunungan kashmir
Penerbangan dari New Delhi ke Kashmir mengambil masa 1 jam setengah. Lapangan terbang Srinagar hanyalah sebuah lapangan terbang yang kecil. kita hanya berjalan kaki dari pesawat ke bangunan terminal untuk mengutip bagasi. Semasa kami sampai, terdapat penuh tentera India yang juga baru sampai di Kashmir. Keadaan ini tidak menghairankan kerana keadaan tegang yang berlaku ketika ini di antara India dan Pakistan. Walaupun tentera ramai di mana-mana sahaja di bumi Kashmir ini, mereka tidak menghiraukan kehadiran kami.Kami  juga tidak berasa apa-apa kerana kehadiran mereka yang ramai. menurut pemandu pelancong kami, keadaan itu adalah lumrah di sini.

rumah  bot di Tasik Dal

Jika dibandindingkan dengan Selatan Thailand, keadaan di Thailand lebih menggusarkan kita, kerana setiap km ada sekatan tentera. Namun di sini tentera berdiri sepanjang jalan yang jaraknya lebih kurang 50 meter antara seorang dengan yang lain.Di bandar, di tengah sawah, di perkampungan dan di mana sahaja kelihatan askar berdiri dengan senapang di tangan.
kebanyakan rumah di kashmir 3 tingkat
Taman Mughal di Srinagar
Sebaik tiba, kami dibawa ke hotel untuk makan tengahari dan solat. Kemudian pada jam 3.00 ptg, kami  bergerak ke Pari mughal  iaitu taman dan  bekas istana  semasa pemerintahan dinasti mughal. Pari Mughal terletak di gunung  Zabarwan. Semasa memasuki kawasan ini, van yang kami naiki diperiksa oleh tentera untuk memastikan keselamatan bangunan di sini. Istana lama yang terdapat di sini agak cantik dan  menarik kerana bangunannya dibuat daripada tanah liat. Terdapat pakaian yang boleh disewa untuk bergambar di semua taman di kashmir.
Iman memakai baju yang disewa di Pari Mughal

Kami melalui Dal lake yang terkenal itu, bergambar di tepi tasik yang berlatarbelakang gunung-gunung  yang merupakan sebahagian dari banjaran Himalaya. Tasiknya begitu luas, terdapat rumah bot di tasik ini. Ada ramai pelancong yang memilih untuk tinggal di rumah bot.
Peniaga kecil di Srinagar



walau bagaimanapun pada pandangan Ummi tasik ini kurang bersih jika dibandingkan dengan tasik-tasik di bumi Balkan.Airnya  kurang jernih tidak seperti tasik di benua Eropah yang kejernihan airnya hingga dasar tasik pun dapat dilihat. Banyak sampah di tepi tasik dan jalannya berdebu. proses membaiki jalan di tepi tasik yang berlubang-lubang sedang dilakukan oleh beberapa orang yang nampaknya seperti orang awam sahaja.
Wajah-wajah  Kashmir yang handsome

Di tepi tasik ini juga terdapat taman mughal dengan air yang mengalir seumpama taj mahal. Banjaran gunung dan pepohon  yang tiada daun  melatari taman ini dan seluruh kawasan di Kashmir pada bulan Mac.Warna hitam dan kelabu yang paling banyak dilensa kamera.

Masjid tertua di Kashmir yang dikongsi bersama Syiah dan Sunni

Gambar mesjid dari salah satu dari 4 penjuru

Setakat ini untuk kali ini, untuk seterusnya  Ummi akan ceritakan tentang Pahalgam dan  Gulmag iaitu dua kawasan pergunungan yang telah kami kunjungi.

Monday, 15 April 2019

BERCUTI DI KASHMIR INDIA

Salam untuk semua pembaca blog.
Alhamdulillah, sudah dua minggu berlalu , sudah dua miunggu juga bumi Kashmir Ummi tinggalkan. Banyak yang ingin diceritakan pada kali ini.
Peluang ke Kashmir terbuka pada cuti sekolah mac 2019. Ummi, Ayah dan Iman bertolak dari  rumah ke KLIA 2  pada hari Sabtu 23 Mac 2019  dengan bas yang disewa oleh En. Saiful iaitu orang yang bertanggungjawab mengurus perjalanan kami. Dari Kuala Lumpur, kami  terbang ke New Delhi dengan penerbangan murah Indi Go pada jam 9.30 malam dan tiba di sana lima jam kemudian.
Setelah mendarat, kita diminta mengisi borang sebelum cop pasport  dilaluan imegresen. Seperti memasuki mana-mana negara perkara yang ditanya dalam borang ialah nama, alamat semasa di India, no telefon, no flight tiba, tempat dituju, tujuan datang dan berapa lama akan berada di negara mereka.

Setelah selesai urusan imegresen, kami mengutip bagasi  namun agak malang bagi salah seotang rakan kami kerana salah sebuah begnya telah hilang. Perjalanan kami tersekat sebentar kerana menunggu rakan berkenaan membuat laporan kehilangan kpd pegawai yang bertugas di bahagian bagasi. Pihak berkenaan berjanji untuk mengesan di mana beg rakan berkenaan tetapi sehingga kami balik ke Malaysia beg tersebut tidak dapat dikesan  ghaibnya ke mana. Di sinilah pentingnya insurans perjalanan. kot-kot ada barang berhatga bolehlah juga dpt ganti  rugi.

Kami disambut oleh  Asif, wakil  syarikat tour di sana. bukan main laigi.. siap dikalungkan dengan bunga lagi setiap orang. Kemudian  dibawa ke hotel penginapan yang tidak berapa jauh dari air port untuk berehat sementara menunggu penerbangan keesokan hari ke Srinagar, Kashmir.

New Delhi adalah sebuah bandar yang terletak di utara India. Juga merupakan ibu negera India.. Suhu di sini agak dingin pada bulan Mac. memang di sini terdapat banyak anjing. Walau bagaimanapun anjing-anjing ini tidak kisah dan tidak garang. Mungkin sudah biasa hidup bersama orang ramai. Cumanya kita berada sedikit ganjil  dan geli.

basikal dan motor roda 3 dengan muatan yang brsae  di atas  jalan adalah pemandangan yang lazim di India

Bunga-bunga yang mula mengembang kerana musim sejuk  akan berakhir

sebahagian daripada rumah penduduk di New Delhi


   

Setakat ini untuk kali ini. Esok kami akan bertolak ke Srinagar jam 9 pagi.

Wednesday, 8 November 2017

BERCUTI DI PERTH AUSTRALIA

Pada 13 hingga 17 Oktober 2017, Ummi dan keluarga telah bercuti  di Perth Australia. Kesempatan terbuka pabila sekolah di Malaysia cuti seminggu sempena Depavalli. Percutian di Perth menarik juga kerana Perth turut mempunyai beberapa tarikan yang tersendiri.

Kami bertolak ke sana dengan penerbangan Air Asia jam 9.45 pagi dan tiba di Perth sekitar jam 3.30 petang. Waktu Perth dan Malaysia sama. Dalam penerbangan, kami telah diingatkan beberapa kali bahawa Australia melaksanakan dasar yang ketat terhadap barang-barang berasaskan tenusu, daging segar dan buah-buahan serta sayur-sayuran. juga ubat-ubatan. Semua  orang  diminta untuk membuat  pengisytiharan barangan berkenaan yang dibawa bersama. Dalam borang kita diminta untuk  menanda (tick) item yang kita bawa sama ada yes atau no. Sekiranya kita tidak pasti, kita dikehendaki menanda yes sbg langkah selamat. Kita boleh didenda sertamerta sekiranya kita membawa barangan yang dikawal. Oleh itu pesanan saya, jika anda seorang penjawat awam, lebih baik, anda mendeclare apa yang kita bawa. Lebih selamat, bukannya susah sangat  ....................

Sebaik tiba di lapangan terbang Perth, kami yang 'mendeclare' barangan yang dibawa diminta masuk dalam satu barisan dan mereka menggunakan anjing untuk lalu di tepi beg yang kita bawa. Jangan takut kerana anjing tidak akan menyentuh kita. Sekiranya anjing mengesan barangan kita sebagai barangan yang tidak boleh dibawa masuk ke Australia, barulah kita dipanggil untuk membuka beg kita. Rupanya tidak sesusah mana. Kadang-kadang anjing ni pelik juga,  beg yang hanya mengandungi baju pun.... dia keliling dua tiga kali. Pening...

Waktu  solat  di sini sejam lebih awal  berbanding Malaysia. Kami menginap di aparment Alderley On The Hay yang terletak di Hay Street. Apartmen ini  kerap disewa oleh kebanyakan pakej pelancongan dari Malaysia. Mungkin kerana terletak di laluan CAT iaitu bas awam tambang  percuma di Perth. Dari apartment ini senang untuk kita ke pusat bandar.

Apartmen ini mempunyai dua bilik, lengkap dengan dapur untuk memasak. oleh kerana Ummi datang dengan pakej, sebelah siang kami dibawa berjalan/melawat tempat-tempat menarik dan makan di restoran tetapi sebelah malam dan sarapan, kami sedia sendiri. Itulah sebabnya kami bawa bekalan secukupnya dari Malaysia. Tetapi sebenarnya di tepi apartmen ini ada kedai runcit yang menjual semua keperluan makanan dari Malaysia seperti Brahim, maggi, ayam halal, gula , teh dan sebagainya.Cuma.... harganya mahal berbanding kalau kita bawa sendiri. Kadar tukaran semasa ialah 1 AUD bersamaan RM 3.40. Harga nasi goreng di sini cuma 9 AUD tetapi kalau didarab 3 harga sebenarnya hampir 30 ringgit,.

Pada harikedua, bermula lawatan kami di Perth. bermula dengan :
8.00 am to 6pm
- Cavershamp
- Chocolate Factory
- Freemantle City
- Kailis Restaurant
- E-Shed

Kata orang tak sah la ke AUSTRALIA kalau tak jumpa KANGGARO


Memilih baju di Eshed


Pada hari ke-3 lawatan dari 7.00 am hingga 7pm
- Blue House - rumah biru di dalam tasik
- Kings Park - taman bunga
-Moore River - pertemuan sungai dan laut
- Lancelin Sand Dunds - meluncur pasir
- Pinnacles - batuan akibat proses luluhawa


Pasir gebu seumpama salji. Penerangan sebelum meluncur pasir

River Moore yang saangat cantik. Pertemuan sungai dan laut

Oleh kerana perjalanan ke Pinnacles yang terletak di Nambung  National Park agak jauh, dan tiada restoran halal, kami pack makanan dan picnic di tepi jalan. Tapak untuk picnic di sini selesa kerana siap dengan meja makan, bilik air dan pohon yang teduh. Dengan udaranya yang sejuk dan nyaman, lebih selesa berada di bawah panas daripada  di  bawah pokok. Kami juga solat di atas padang. Selesai solat, kami ke  Lancelin Sand Dunt. Dari jauh nampak seperti salji. Kelihatan ramai yang meluncur pasir di sini.

Pada hari ke-3, kami memulakan usaha membeli belah. Antara barangan yang tidak boleh ditinggalkan jika melancong ke Australia ialah corelle. Kata orang harganya jauh lebih murah berbanding corelle di Langkawi. Apa lagi angkat saja seorang satu. Kalau semua barangan yang kita beli dalam satu resit lebih dari 300 AUD,  semasa di airport waktu balik, kita akan mendapat balik 10 persen dari harga barangan kerana pelancong dikecualikan gst. Kami juga jalan-jalan  sekitar Murray street dan  ke Bell tower. Di jalan Murray ini terdapat restoran Ikhsan iaitu restoran makanan Malaysia. Selain ikhsan ada banyak lagi restoran Malaysia di sini. Rajin berjalan pasti jumpa restoran halal.

Bell tower.

Antara bangunan dengan seni bina yang cantik

Selesai membeli corelle


Friday, 13 January 2017

Muzium Tsunami dan Kapal Besi

Selepas sarapan, kami menunggu di lobi hotel kerana pagi  ini kami akan dibawa ke  Muzium Tsunami. Waktu di Aceh lambat 1 jam daripada waktu Malaysia.Kami antara pengunjung yang paling awal tiba di Muzium yang berbentuk kapal ini.Jalan masuk ke dalam muzium agak suspen kerana kita dibawa memasuki terowong yang agak gelap dgn air setinggi  dinding bangunan dan bunyi  suara laut seolah-olah berada di saat  tsunami membadai.
Kemudian tiba di bahagian pameran . menggunakan monitor skrin kita melihat semula gambar-gambar tragedi tsunami. Kemudian melalui  jambatan harapan di mana bendera negara-negara penderma digantung tinggi simbolik terima kasih Aceh kepada negara luar yang bersimpati dengan masalah mereka.Seterusnya melihat tayangan peristiwa tsunami.
Jambatan harapan Muzium tsunami yang berbentuk kapal

Setelah menghabiskan masa 2 jam di sini, kami bergerak pula menuju kapal besi untuk menyaksikan sendiri bagaimana sebuah kapal  besi yang berat  yang terletak di laut dibawa tsunami dan didamparkan di kampoeng Punge Blang Cut yang jauhnya 3 km dari pantai. Kapal PLTD ini adalah kapal yang ditempatkan di persisiran pantai kerana digunakan untuk menjanakuasa bekalan elektrik untuk Banda Aceh.Hal ini kerana sebelumkejadian tsunami bekalan elektrik di Banda sentiasa bermasalah apatah lagi ketika itu penduduk sentiasa dalam ketakutan pada waktu malam kerana suasana yang tidak tenteram akibat persengketaan Gerakan Aceh Merdeka(GAM) dengan tentera kerajaan. Jadi kapal janakuasa ini dikawal oleh tentera.


di atas kapal besi yang lebih dari 3 tingkat.

Ombak tsunami telah menempatkan kapal seberat 80 tan ini di tengah-tengah jalan kampung menyebabkan kini jalan baru  dibina untuk ke kampung ini.Tiba-tiba kami terdengar pengumuman supaya meminta semua pengunjung meninggalkan kawasan kerana waktu solat telah tiba. Begitulah keadaan di Aceh sekarang yang mempunyai kuasa autonomi setelah tragedi 26 Disember 2004 jam delapan kurang lima minit. Aceh kini menjalankan undang-undang syariah. Menurut pemandu pelancong kami Ikram, tsunami membawa seribu rahmat kepada Aceh. Kini Aceh antara bandar paling selamat di Indonesia. Kelihatan topi-topi keledar di letakkan saja bersama motor di tempat parking, Katanya tiada siapa berani mencuri  lagi.

Selepas makan tengahari, kami dibawa pula ke Desa Gurah untuk melihat kubah di tengah sawah. Kubah masjid  dari kampung  sebelah bukit yang  tidak  jauh dari sini  yang dibuat daripada batu berpusar-pusar  di bawa air ketika tsunami dan kemudian didamparkan di sini. Untuk sampai ke sini, kami terpaksa menyewa motosikal dengan harga 15000 rupiah. Sebaik  kami sampai di desa ini, terdengar bunyi  hon motosikal yang tidak berhenti-henti. Rupanya itu isyarat kepada penduduk di sini bahawa ada rezeki untuk mereka. Dalam sekelip mata, puluhan motosikal tiba dan masing-masing berebut pelanggan supaya menyewa motosikal masing-masing. Kain-kain batik, cenderamata  dan kuih tradisional  dirayu  supaya dibeli. 100% mereka adalah  perempuan Ikram menyebutnya sebagai pasar kaget. Sebahagian daripada mereka janda dan anak yatim yang kehilangan suami ketika tsunami.


Petangnya pula, kami ke tepi pantai Uhlele untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam dan merasai manisnya jagung bakar dan air kelapa. Seterusnya solat maghrib di Masjid Baiturrahim. Pantai di Bandar Aceh ditutup sebaik malam menjelang untuk mengelak perbuatan maksiat. Masjid Baiturrahim juga adalah masjid yang terselamat semasa tsunami.

Tuesday, 10 January 2017

CATATAN KEMBARA ACEH 2016

Penerbangan Fire Fly berlepas dari Pulau Pinang ke Bandara Sultan Iskandar Muda Acheh pada jam  9 pagi. dan mengambil masa 1 jam 45 minit untuk mendarat di bumi tsunami pada tanggal  18 Disember 2016. Hati berdebar-debar kerana baru sahaja terjadi gempa di Pidiejaya Acheh  sekitar dua minggu lepas. Namun kegusaran  sedikit reda apabila pemandu pelancong yang menyambut kami iaitu Pak Karim memberitahu bahawa tempat gempa itu  4 jam perjalanan dari Banda Aceh.

Bandar Udara atau lapangan terbang Aceh dalam bahasa kita merupakan sebuah lapangan terbang yang kecil sahaja. Urusan keluar masuk di sini tidaklah sibuk dan sangat selesa. Kami dibawa ke Kuburan Siron iaitu kubur besar mangsa Tsunami yang berlaku dua belas tahun lalu. Terasa sayu hati apabila membaca catatan peringatan di situ yang menyebut seramai 46 718 jasad disemadikan di sini dalam kubur besar. Kuburan besar ini disebut Kuburan Massal di  Aceh. Hanya bacaan alfatihah dapat disedekahkan kepada mereka. Mereka disemadikan di situ beramai-ramai kerana tidak mampu diurus oleh mangsa yang tinggal. Begitulah kehebatan tsunami sehingga melumpuhkan seluruh sistem yang ada.

bangunan hospital  yang terletak tidak jauh dari Ulele  rosak teruk akibat tsunami



Masjid Baitur Rahman yang utuh sebelum dan selepas tsunami
Seterusnya kami dibawa ke Muzium tsunami namun terpaksa berpatah balik kerana Muzium ditutup kerana bekalan elektrik di Banda Aceh ditutup sementara kerana ada pertunjukkan payung terjun. Katanya  untuk tujuan keselamatan penerjun  andai tersangkut pada kabel elektrik. Oleh itu kami akan datang lagi ke Muzium ini esok atau lusa.Kami seterusnya dibawa ke Rumah Makan Syiah Kuala. Ingat bacaannya bukan Syiah tetapi Siyah atau Syeikh dalam bahasa kita. Suspen juga kami .....


Setelah menikmati makan tengahari, mata terasa berat lalu kami dihantar untuk check in hotel  dan berehat sebentar. Pukul 4 petang, kami dijemput semula oleh Pak Karim dan dibawa ke satu tempat yang teruk dilanda tsunami iaitu di kawasan hospital  pada ketika tsunami melanda. Bangunan hospital masih berdiri kukuh namun  pada hari kejadian tsunami  ramai mangsa yang berada di hospital ini menjadi korban dan dihanyutkan air entah ke mana. hal ini kerana hospital ini berada berhampiran pantai. Dapat kita bayangkan pesakit yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa di saat ribut  dan  gelombang air tsunami yang menenggelamkan hospital dua tingkat itu. Perkampungan di sekitar hospital ini musnah teruk dan selepas tsunami hanya 200 orang yang tinggal. Tempat ini tidak jauh letaknya dari pantai Ulele. Di tepi hospital ini juga terdapat Kuburan Massal  dan dibina  bangunan baru yang dipanggil escape building sebagai persiapan tempat berlindung seandainya terjadi lagi tsunami pada masa depan.

Seterusnya kami dibawa ke masjid  Baiturrahman untuk bersolat maghrib.Masjid ini merupakan masjid kebanggaan masyarakat Aceh dan antara masjid yang terselamat ketika tsunami. Sekarang ini dalam proses pembesaran di kawasan luarnya untuk menampung jemaah yang ramai. Payung-payung seumpama masjid Nabawi sedang dibina di sana.Kemudian kami dibawa untuk makan malam di restoran ayam penyet.
Kapal yang tersankut di tepi rumah 2 tingkat ini telah menyelamatkan nyawa mangsa yang berlindung di tingkat atas

Kapal-kapal yang berlabuh di sinilah yang dibawa dan tersangkut di atas rumah dengan izin Allah

Keesokan harinya, kami dibawa pula ke Kampoeng Lampulo untuk melihat kapal di atas rumah. Kami disambut oleh guide yang bertugas di sana dan diceritakan bahawa ketika kejadian anak gadis yang menjadi guide itu berusia  2 tahun. Cerita Mak Kolah yang mengalami sendiri kejadian semasa kapal tersangkut di atas rumah begitu menyentap hati kami. menurutnya ketika kejadian, dia seperti biasa berjualan kuih di tepi pantai. terdengar dua letupan yang kuat di laut dan  berlaku gempa  yang merobohkan rumah-rumah. Selang 5 minit  ombak kuat  mula melanda.Kemudian dia  berlari pulang dan dikejar oleh air gelombang pertama. Dia bersama penduduk kampung melarikan diri dengan naik ke atas rumah dua tingkat. Namun gelombang kedua yang datang hampir menenggelamkan rumah itu menyebabkan dalam ketakutan mereka berdoa supaya Allah mendatangkan pertolongan untuk mereka. Benarlah bahawa doa orang yang terdesak dengan sesungguh hati akan dikabulkan. Dalam keadaan panik itu, tiba-tiba sebuah kapal tersangkut di bahagian tepi rumah itu, lantas semua yang ada dalam rumah itu memanjat ke atas kapal dari koridor tingkat 2 rumah itu. Mereka menyangka kapal itu adalah kapal pasukan penyelamat namun setelah beberapa jam berada di atas kapal itu, barulah mereka sedar kapal itu dihanyutkan oleh arus tsunami ke situ.Bayangkan di saat kita terdesak lalu Allah datangkan pertolongan yang tidak disangka-sangka. Sesungguhnya Maha Suci Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Mengalir air mata kami mendengar cerita ini.
Insyaallah ada 2 hari lagi untuk kami menyaksikan  sejarah tsunami di bumi Darussalam ini.


Saturday, 9 July 2016

HUNGARY NEGARA YANG MENAWAN

Setelah puas menikmati pemandangan di Transfagarasan, kami bergerak menuju Budapest Hungary. Sepertimana  di pintu-pintu sempadan lain, kami melepasi sempadan Hungary tanpa masalah.kami membeli vignette iaitu bayaran untuk menggunakan highway di Hungary. Tiada pondok tol tapi membeli vignette seumpama membeli prepaid telefon di Malaysia. Kami tiba di penginapan di Budapest sekitar 10 malam. Kami menginap di Art Guesthouse. Rumah penginapan seperti  Muzium Seni. Ummi, Iman dan Ayah berada dalam apartment yang sama dengan Tn Hj Khalid dan Hjh Zaleha. Kami berkongsi dapur dan bilik air. Malam ini kami akan bersahur kerana esok bermula puasa. Kami bersahur sebelum pukul 2.30 kerana waktu Subuh masuk awal di sini..


Esok pagi kami keluar jalan-jalan santai di bandar Budapest. Buda bermaksud Bukit dan Pest bermaksud  lembah atau tanah rendah. Buda dan Pest dipisahkan oleh sebatang sungai yang luas. Sungai itu tidak lain ialah Sungai Danube. Kami hanya jalan-jalan melihat bangunan-bangunan hebat di sini. Ada dataran Hero yang mana di sini terdapat patung tokoh-tokoh terkenal di Hungary. ada ramai pelawat di sini, mereka mengunjungi gereja besar yang terdapat di bandar ini. Kami  hanya melihat bangunan itu dari kejauhan. Lebih berminat untuk membeli cenderahati buatan tangan yang ada di sini.




Picaso sdg melukis

Iman keletihan di hari pertama berpuasa

gereja di hujung jalan itu yang menjadi tumpuan pelancong. menaranya seumpama masjid



kami berada di sebelah pest. Di seberang sungai sana adalah kawasan tanah tinggi iaitu Buda. Ptg nanti kita lihat bangunan di sebelah sana.


Di seberang sungai sebelah berbukit kelihatan istana  dan bangunan parlimen. Melihat istana lama itu  terkejut juga kerana mirip benar dengan bangunan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya. Kelihatan juga chain Bridge yang menjadi tumpuan pelancong. Kami rasa penat dan ingin kembali ke rumah penginapan. Petang nanti kami akan menyusuri  Sungai Danube. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di kedutaan  Malaysia.

Thursday, 7 July 2016

TRANSFAGARASAN ROMANIA 2016

Kami meninggalkan Sofia menuju  ke pintu sempadan Romania. Sempadan   yang memisahkan Bulgaria dan Romania hanyalah sebuah sungai namun sungai itu sangat terkenal  di Eropah  iaitu Sungai Danube.Sebaik kami sampai di pintu sempadan kelihatan lori-lori treler sedang menunggu giliran untuk menaiki feri. Bilangan kereta dan van boleh dibilang dengan jari. Ternyata pintu sempadan ini sangat popular untuk kenderaan berat  yang terlibat dengan kegiatan import eksport.

Kami berkenalan dengan seorang pelajar dari Belanda yang sedang bercuti. Beliau seorang yang sangat peramah. Banyak bercerita tentang perjalanannya dan pernah tiba di Malaysia.Dalam setengah jam, kami tiba di Romania. Disambut oleh pegawai imigresen yang bermata cantik, peramah dan baik.menanya arah perjalanan kami dan membiar kami berlalu dengan cepat.
Sebaik memasuki Romania, jelas sekali perbezaannya berbanding Bulgaria yang baru ditinggalkan. Kelihatan rumah sepanjang jalan dan penduduk sedang berbual-bual di tepi jalan sesama jiran. satu pemandangan seperti di kampung-kampung di Malaysia. Rupa wajah mereka seperti gipsi. berambut hitam  dan kecil. Banyak sekali gereja orthodok di sini. Menjalankan pertanian sara diri. Romania lebih miskin berbanding Bulgaria dan Hungary.



kilang gandum



Bangunan Imegresen  Oryahoyo di sempadan Bulgaria dan Romania

menyeberangi  Danube River

kereta kuda seperti ini masih digunakan di balkans
Romania menunggu  di seberang sana
Di sini kami bermalam

Setelah menempuh  perjalanan yang panjang hari ini akhirnya kami tiba di Sibiu Romania. Kami bermalam di Charter Apartment. Terus tertidur kerana keletihan. esoknya kami bertolak jam 9 pagi. Sebaik keluar dari apartment, kami dapati kami melalui kawasan kubur kristian yang besar. patutlah tiada penghuni lain di sini.


 Perjalanan diteruskan menuju satu tempat yang dinanti-nanti. Sepanjang perjalanan sudah nampak dari kejauhan banjaran yang diliputi salji. Kami melalui jalan bangkang-bengkok selama lebih kurang setengah jam. Akhirnya Zikri memberitahu bahawa jalan ditutup. Oleh itu kami terpaksa menaiki kereta kabel untuk ke puncak. Rupa-rupanya, inilah banjaran yang kami lihat tadi. Tranfagarasan iaitu salah satu tempat terindah di dunia. Segala keletihan sepanjang perjalanan selama ini terasa berbalaoi. Inilah kali pertama dalam hidup Ummi memegang salji, merasa kedinginannya dan menyaksikan bagaimana salji membentuk bongkah keras di atas jalan dan perlu dikaut oleh jentera pemecah ais. Tempat ini menjadi tumpuan pelancong. Ada yang datang untuk bermain ski, ada yang datang untuk bermalam di chalet di atas gunung di sini dan ada yang datang sekadar menyaksikan keindahannya.





kenderaan ini tersadai di sini kerana salji sudah berkurang
setelah penat kami makan tebgahari di anak sungai ini. makan nasi you. nasi yang kami masak sendiri.
Camna? best kan Romania. Jadi pendek kata datang dan saksikanlah sendiri keindahannya,,,,,