Pada 13 hingga 17 Oktober 2017, Ummi dan keluarga telah bercuti di Perth Australia. Kesempatan terbuka pabila sekolah di Malaysia cuti seminggu sempena Depavalli. Percutian di Perth menarik juga kerana Perth turut mempunyai beberapa tarikan yang tersendiri.
Kami bertolak ke sana dengan penerbangan Air Asia jam 9.45 pagi dan tiba di Perth sekitar jam 3.30 petang. Waktu Perth dan Malaysia sama. Dalam penerbangan, kami telah diingatkan beberapa kali bahawa Australia melaksanakan dasar yang ketat terhadap barang-barang berasaskan tenusu, daging segar dan buah-buahan serta sayur-sayuran. juga ubat-ubatan. Semua orang diminta untuk membuat pengisytiharan barangan berkenaan yang dibawa bersama. Dalam borang kita diminta untuk menanda (tick) item yang kita bawa sama ada yes atau no. Sekiranya kita tidak pasti, kita dikehendaki menanda yes sbg langkah selamat. Kita boleh didenda sertamerta sekiranya kita membawa barangan yang dikawal. Oleh itu pesanan saya, jika anda seorang penjawat awam, lebih baik, anda mendeclare apa yang kita bawa. Lebih selamat, bukannya susah sangat ....................
Sebaik tiba di lapangan terbang Perth, kami yang 'mendeclare' barangan yang dibawa diminta masuk dalam satu barisan dan mereka menggunakan anjing untuk lalu di tepi beg yang kita bawa. Jangan takut kerana anjing tidak akan menyentuh kita. Sekiranya anjing mengesan barangan kita sebagai barangan yang tidak boleh dibawa masuk ke Australia, barulah kita dipanggil untuk membuka beg kita. Rupanya tidak sesusah mana. Kadang-kadang anjing ni pelik juga, beg yang hanya mengandungi baju pun.... dia keliling dua tiga kali. Pening...
Waktu solat di sini sejam lebih awal berbanding Malaysia. Kami menginap di aparment Alderley On The Hay yang terletak di Hay Street. Apartmen ini kerap disewa oleh kebanyakan pakej pelancongan dari Malaysia. Mungkin kerana terletak di laluan CAT iaitu bas awam tambang percuma di Perth. Dari apartment ini senang untuk kita ke pusat bandar.
Apartmen ini mempunyai dua bilik, lengkap dengan dapur untuk memasak. oleh kerana Ummi datang dengan pakej, sebelah siang kami dibawa berjalan/melawat tempat-tempat menarik dan makan di restoran tetapi sebelah malam dan sarapan, kami sedia sendiri. Itulah sebabnya kami bawa bekalan secukupnya dari Malaysia. Tetapi sebenarnya di tepi apartmen ini ada kedai runcit yang menjual semua keperluan makanan dari Malaysia seperti Brahim, maggi, ayam halal, gula , teh dan sebagainya.Cuma.... harganya mahal berbanding kalau kita bawa sendiri. Kadar tukaran semasa ialah 1 AUD bersamaan RM 3.40. Harga nasi goreng di sini cuma 9 AUD tetapi kalau didarab 3 harga sebenarnya hampir 30 ringgit,.
Pada harikedua, bermula lawatan kami di Perth. bermula dengan :
8.00 am to 6pm
- Cavershamp
- Chocolate Factory
- Freemantle City
- Kailis Restaurant
- E-Shed
|
Kata orang tak sah la ke AUSTRALIA kalau tak jumpa KANGGARO |
|
Memilih baju di Eshed |
Pada hari ke-3 lawatan dari 7.00 am hingga 7pm
- Blue House - rumah biru di dalam tasik
- Kings Park - taman bunga
-Moore River - pertemuan sungai dan laut
- Lancelin Sand Dunds - meluncur pasir
- Pinnacles - batuan akibat proses luluhawa
|
Pasir gebu seumpama salji. Penerangan sebelum meluncur pasir |
|
River Moore yang saangat cantik. Pertemuan sungai dan laut |
Oleh kerana perjalanan ke Pinnacles yang terletak di Nambung National Park agak jauh, dan tiada restoran halal, kami pack makanan dan picnic di tepi jalan. Tapak untuk picnic di sini selesa kerana siap dengan meja makan, bilik air dan pohon yang teduh. Dengan udaranya yang sejuk dan nyaman, lebih selesa berada di bawah panas daripada di bawah pokok. Kami juga solat di atas padang. Selesai solat, kami ke Lancelin Sand Dunt. Dari jauh nampak seperti salji. Kelihatan ramai yang meluncur pasir di sini.
Pada hari ke-3, kami memulakan usaha membeli belah. Antara barangan yang tidak boleh ditinggalkan jika melancong ke Australia ialah corelle. Kata orang harganya jauh lebih murah berbanding corelle di Langkawi. Apa lagi angkat saja seorang satu. Kalau semua barangan yang kita beli dalam satu resit lebih dari 300 AUD, semasa di airport waktu balik, kita akan mendapat balik 10 persen dari harga barangan kerana pelancong dikecualikan gst. Kami juga jalan-jalan sekitar Murray street dan ke Bell tower. Di jalan Murray ini terdapat restoran Ikhsan iaitu restoran makanan Malaysia. Selain ikhsan ada banyak lagi restoran Malaysia di sini. Rajin berjalan pasti jumpa restoran halal.
|
Bell tower. |
|
Antara bangunan dengan seni bina yang cantik |
|
Selesai membeli corelle |